Thursday, December 24, 2009

Tips Membahagiakan Diri

 Di zaman yang serba moden dan berteknologi tinggi ini, bermacam-macam cara yang boleh dilakukan untuk membahagiakan diri.  Ada yang memilih untuk bercuti, membeli belah, memanjakan diri di spa dan macam-macam cara lagi untuk membahagiakan diri.  Namun begitu, saya merasakan anda tidak perlu berbelanja dengan boros dan mengeluarkan wang yang banyak untuk mencari bahagia di sekeliling anda.  Bagi menghilangkan rasa bosan, penat dan tertekan, di sini saya ingin berkongsi beberapa petua atau cara yang boleh membantu anda untuk bahagia.

Tips-tips tersebut adalah:
  1. Hiburkan hati sendiri - Susah hati?  Dengan hanya mengeluarkan sedikit wang, anda belilah makanan kegemaran anda seperti coklat atau aiskrim.  Secara tidak langsung, keadaan ini akan merangsang hormon 'dopamine' untuk anda merasa tenang dan gembira.
  2. Tertawalah - Ketawa adalah penawar stres yang sangat mudah.  Ketika ketawa, 15 otot wajah mengalami kontraksi dan tubuh anda melepaskan hormon adrenalin secara automatik.  Saat ketawa, anad akan menghirup lebih banyak oksigen dan ia juga membantu mengurangkan migrain dan sakit kepala. 1 minit ketawa bersamaan dengan 10 minit anda mengayuh basikal.
  3. Bersukan - Ketika anda menghadapi tekanan, cubalah untuk bersukan.  Ini akan membuatkan tubuh anda menjadi lebih segar dan fikiran anda lebih tenang.
  4. Makan - Menikmati makanan yang lazat dan enak boleh menghalau tekanan yang anda hadapi.  Tetapi, pilihlah makanan yang berbeza daripada menu harian anda.  Kurangkan jumlah kalori agar berat badan anda tidak berlebihan yang boleh memberi stres baru kepada anda.
  5. Menghias bilik tidur - Anda menghabiskan 2/3 daripada hidup anda di bilik tidu.  Jaga kebersihan dan berikan sentuhan baru pada bilik tidur anda.  Mungkin ini akan memberikan rasa nyaman dan tenang saat anda merebahkan diri di atas katil.
  6. Membersihkan rumah - Buangkan barang-barang yang dirasakan tidak digunakan lagi.  Melihat sekeliling yang rapi dan teratur adalah bagus untuk mengurangkan ketegangan.  Tetapi, janganlah membersihkan rumah keterlaluan sehingga membuatkan badan anda penat.
  7. Mandi - Berendam dalam air suam baik untuk mengendurkan otot-otot dan membuatkan badan lebih relaks.  Nyalakan lilin aromaterapi bersama muzik yang lembut.  Tutuplah mata anda dan bayangkan saat-saat yang membahagiakan pasti fikiran dan jiwa anda tenang.  
  8. Pusat kecantikan - Rasa tidak bahagia juga boleh terjadi kerana masalah kulit wajah seperti jerawat atau berminyak.  Ini boleh menyebabkan kurang keyakinan diri.  Jika anda mengalaminya, segera ke pusat kecantikan untuk rawatan dan kaunseling daripada pakar.  
  9. Menulis diari - Catatlah semua kejadiaan atau perasaan anda setiap hari.  Cara ini lebih efektif untuk meringankan beban ketika tiada teman untuk berbicara.  Bila ada kelapangan, cuba baca kembali apa yang anda catatkan.  Mungkin ada perkara yang boleh membahagiakan anda.
  10. Berkumpul bersama kawan-kawan - Jangan menolak ajakan kawan-kawan untuk berkumpul.  Bertemu dengan kawan-kawan dapat membuatkan kepala anda ringan dan tenang.  Tetapi, aturlah jadual dengan baik supaya tidak menjejaskan rutin harian anda.
  11. Menari - Tahukah anda dengan menari boleh memberi kebahagiaan kepada anda.  Ini kerana tarian boleh mempercepatkan metabolisme, mengeluarkan hormon stres dan meningkatkan endorfin agar anda merasa lebih baik.  Nikmati tarian dengan iringan muzik dan inilah menjadi salah satu sumber kebahagiaan anda.
  12. Membaca - Menurut kajian, membaca selama 6 minit dapat membuatkan fikiran lebih tenang dan mengurangkan tekanan.  Ini kerana ketika anda membaca, fikiran anda tertumpu kepada artikel membuatkan tekanan pada otot dan jantung mengendur.

No comments:

Post a Comment