Showing posts with label FAKTA. Show all posts
Showing posts with label FAKTA. Show all posts

Wednesday, November 12, 2014

Kelebihan Sujud

Assalamualaikum 

Sekadar perkongsian ilmu untuk semua di luar sana


 Bernafas ketika sujud boleh : 
  • Membetulkan kedudukan buah pinggang 
  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh 
  • Melegakan sakit hernia 
  • Melegakan paru-paru dari ketengangan 
  • Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa
  • Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh 
  • Meringkan bahagian pelvis
  • Memberi dorongan supaya mudah tidur 
  • Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud
  • Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik 
  • Secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik 
  • Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik 
  • Mudah berfungsi untuk menyusukan bayi
  • Mengurangkan kegemukan 
  • Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin 
  • Otak menerima banyak bekalan darah dan oksigen 
  • Mengelakkan pendarahan otak
 

Monday, December 21, 2009

BAHAYA MEROKOK

FAKTA MEMBIMBANGKAN AKIBAT MEROKOK
  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
ASAP ROKOK MENGANCAM KANAK-KANAK
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

BERIKAN ANAK-ANAK ANDA KEHIDUPAN YANG SIHAT
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.  Berhenti merokok! Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

ASAP ROKOK MEMUDARATKAN KANAK-KANAK
Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagian kepada anda.  Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.  Jagalah mereka, sayangi mereka.  Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.  Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.  Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.

ROKOK MENGAKIBATKAN MATI PUCUK
Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.  Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.  Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.  Kualiti sperma anda juga akan terganggu.  Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.  Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.  Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.  Oleh itu, selamatkan diri anda dari mati pucuk  Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.  Bertindak bijak, Katakan tidak pada merokok.  Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumahtangga.  Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.

MEROKOK MENGAKIBATKAN STROK
Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10/12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.  Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.  Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.  Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.  Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut

ROKOK MENGAKIBATKAN SERANGAN SAKIT JANTUNG
Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10/12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.  Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.  Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.  Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.  Jauhilah diri dari asap rokok basi.  Belajarlah menyayangi jantung anda.

ROKOK MENGAKIBATKAN KANSER PARU-PARU
Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali. Setiap sedutan membawa padah.

KELUARGA ANDA DAN ORANG TERSAYANG
Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.  Berhenti merokok! Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.