Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Sunday, November 16, 2014

Mesti Minum Air Lebih

Assalamualaikum 

Korang ada masalah minum air lebih tak?  Syukur alhamdulillah saya tak der alami masalah nak minum air lebih nie...Setiap hari mesti minum 3 liter...Hihihihi...

Kenapa mesti minum air lebih yer?

Apabila kita mengambil supplement SHAKLEE, kita memang wajib kena minum air mengikut sukatan berat badan kita...Contohnya berat saya sekarang nie 75 kg...Ini sebab tengah preggy yer,,,Hihihihi...Maka jumlah air yang perlu saya ambil ada 3 liter air setiap hari dengan mengambil kira 25 kg bersamaan 1 liter air...


Ramai yang pertikaikan macam mana saya boleh minum 3 liter air setiap hari?  Sebab 3 liter tu bukannya sket...3 botol mineral besar tu kan...

Ini cara yang saya buat untuk memastikan saya minum 3 liter air setiap hari...Saya akan pastikan diri saya minum 1 gelas air selepas bangun tidur...1 gelas air lebih kurang 200ml...Then saya akan pratikkan minum air 1 gelas sebelum solat dan sesudah solat...Sehari 5 waktu kan...Jadi 5 x 2 x 200 ml...Haaaa...Kat situ dah berapa liter dah? Then time breakfast, lunch, dinner dah tentu ler ada minum air kan...Amek kira 3 x 200 ml...Then sebelum tidur saya akan minum air segelas...

Bangun tidur - 200 ml
Sebelum & sesudah solat - 2000 ml
Breakfast, lunch & dinner - 600 ml
Sebelum tidur - 200 ml

Total semua dah 3000 ml bersamaan 3 liter air...Haaaaa...Itu la cara saya...

Kenapa kita kena minum air lebih?

Supplement semulajadi SHAKLEE membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak...Air memang amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis @ krisis penyembuhan...
Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat...Kekurangan air akan menyebabkan darah kita menjadi pekat...Untuk elakkan darah menjadi pekat, kita perlu minum banyak minum air...
 
Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air...Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren...Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu? 
Oleh itu, apabila mengambil supplement SHAKLEE, takat pengambilan air mestilah ditambah, melebihi kadar biasa.  Jadi jangan sesekali lupa untuk minum 3 liter air setiap hari okey...

Semoga hidup kita lebih sihat dan bertenaga...Insyaallah...

Berminat untuk dapatkan supplement SHAKLEE...Hubungi  saya untuk khidmat konsultansi percuma berkaitan supplement SHAKLEE...

Lynn Huraiza 0137660226
Ezal Huraiza 0167125226

Sunday, November 2, 2014

Mengapa Rezeki Saya Sempit?

Assalamualaikum

Catatan ini saya ambil dari Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki...Semoga dapat dijadikan panduan untuk semua...Insyaallah...


Mengapa Rezeki Saya Sempit? Padahal sudah macam-macam usaha saya lakukan.

Rezeki bukanlah sekadar duit...Jika duit kita sedikit, jangan terburu-buru mengatakan rezeki kita sempit...Walhal pada ketika itu kita masih sihat, anak-anak juga sihat...Malah orang-orang yang hampir dengan kita juga sihat-sihat belaka...Alhamdulillah, sungguh kesihatan itu adalah rezeki yang besar...

Dapat taat perintah ALLAH juga rezeki...Nama yang baik juga rezeki...Pasangan hidup yang baik juga rezeki...Memiliki ilmu yang bermanfaat, mempunyai ingatan yang baik, rasa aman, tidak banyak masalah...walaupun tidak banyak wang, tidaklah bermakna rezeki kita sempit...

Punca-punca rezeki seseorang boleh menjadi sempit malah boleh tersumbat...
  1. Tidak peduli tentang zakat dan sedekah 
  2. Terlalu sibuk hingga jauh dari ALLAH SWT
  3. Melakukan bisnes dan kerja-kerja yang haram 
  4. Berbuat dosa kerana jahil atau degil
  5. Percaya usahanya semata-mata yang mendatangkan rezeki

Tanda-tanda rezeki yang berkat adalah,, semakin bertambah rezeki semakin dekat kita dengan ALLAH SWT...Jika sebaliknya? Maka fahamlah bahawa kita dalam bahaya...

Semoga perkongsian ini menjadi input yang berguna untuk kita semua...

Insyaallah

Thursday, April 17, 2014

Tips Tenangkan Hati : Dato Fadzilah Kamsah

 Assalamualaikum

Segala aspek kehidupan ini bermula HATI...Permulaan yang baik dan buruk juga datang dari organ kecil yang bernama HATI...Bagaimana nak mengubati HATI yang tidak tenang?

Hari nie saya share sedikit tips dari Pakar Motivasi Dato Fadzilah Kamsah...Semoga menjadi tips yang berguna untuk kita sama-sama praktikkan...Insyaallah...
  • Dirikan SOLAT dan banyakkan berdo’a – kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
  • SELAWAT keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 
  • SOLAT TAUBAT – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  • BACA AL-QURAN – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
  • BERMAAFAN sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  • BISIKAN kepada diri perkara yang POSITIF – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
  • PROGRAM MINDA/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
  • PUASA – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  • INGAT MATI (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
  • Kekalkan WUDUK
  • SEDEKAH
  • BELANJA orang MAKAN
  • JAGA MAKANAN – jangan makan makanan yang subhat
  • BERKAWAN dengan ULAMA
  • BERKAWAN dengan ORANG MISKIN (menginsafi)
  • PESAN pada orang, jadi BAIK
  • MENJAGA PANCAINDERA (mata, telinga,mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Ingin mencari supplement yang sesuai untuk diri anda? 
Ingin menjana pendapatan 4, 5 , 6 angka setiap bulan hanya duduk di rumah?


Hubungi saya untuk khidmat nasihat konsultansi percuma

Puan Lynn Huraiza 
Shaklee Independent Distributor : 914534 
lynnhamzah81@gmail.com
013-7660226