Monday, October 26, 2009

7 KUNCI HIDUP SIHAT

Tidak kira anda LELAKI ataupun PEREMPUAN, setiap daripada kita mendambakan kesihatan diri yang sungguh maksimum.  Kita tidak mahu diri kita ditimpa sakit atau musibah.  Di sini saya senaraikan 7 Kunci Hidup Sihat yang mana sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk hidup sihat.
  • Banyak bergerak - Gerakan sekecil manapun, baik untuk pergerakan otot.  Jadi, tidak perlulah bersusah payah ke gym.  Manfaatkan saja segala kemudahan yang ada di sekitar anda seperti menaiki tangga.
  • Kurangkan lemak - Elakkan makanan yang mengandungi banyak lemak seperti daging dan makanan bergoreng.  Berlebihan lemak dapat menyebabkan kegemukan.
  • Hindari rokok - Bahaya rokok bagi kesihatan sudah tidak diragukan lagi..  Ribuan kajian membuktikan bahawa lebih 4000 jenis zat berbahaya terkandung dalam rokok dan asapnya.  Para LELAKI sila ambil perhatian ya.
  • Redakan tekanan - Luangkan masa sekitar 30 minit untuk melakukan aktiviti yang anda sukai.  Sentiasa berfikiran positif.
  • Elak pencemaran udara - Salah satu caranya ialah menanam banyak tanam-tanaman di halaman rumah.  Tanaman bermanfaat untuk menyerap zat-zat pencemaran dari udara.  Anda boleh pilih sama ada untuk menanam sayuran atau pokok perhisan.  Cadangan saya lebih baik anda tanam sayur-sayuran supaya hasilnya dapat dimakan.  
  • Dapatkan rawatan gigi secara rutin - Gigi yang baik menentukan keadaan pencernaan dan mencegah jangkitan.
  • Jauhi alkohol - Alkohol boleh membahayakan organ hati dan boleh menyebabkan anda didekati oleh risiko kanser.  Hindarilah minuman keras.
Namun begitu saya merasakan kunci hidup sihat ini lebih daripada apa yang saya senaraikan di atas.  Terpulang kepada anda untuk mentafsirkannya.  Apa yang penting kehidupan yang kita lalui di muka bumi ini haruslah dilalui dengan fikiran yang positif dan penuh keceriaan. Sifat bantu membantu dan toleransi di antara satu sama lain tidak kira sama ada di rumah, organisasi ataupun di mana-mana sahaja juga membantu kita untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

No comments:

Post a Comment