Tuesday, November 18, 2014

Para Isteri Mari Mantapkan Diri Anda

Pengakuan suami curang
Nor Khalilah Gusti Hassan
November 16, 2014


Pengakuan suami curang

Pagi ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. 

Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.

Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan...Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis...Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA.

Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali. Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... Saya ingin menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...

“Berapa kali?”
“Banyak...”
“Sejak bila?”
“Sejak Mah mengandung Adan...”
Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...
“Tak kahwin?”
“Tidak... abang sayangkan Mah...”
“Sayang?”
“Ya...”
“Ini tanda sayang?”
Soalan saya terbiar tanpa jawapan...

Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...Minta terus terang...Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil...Dia seakan tahu yang saya mahu keluar dari rumahnya.

“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah... Abang cari lain"

“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”

Saya mengangguk...Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti...

Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa. Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.Surat jadi penyebab...

Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.

Mah...Isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... Yang baik... Dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... Abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...

Mah...Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.
Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. 

Mah biarkan kuku Mah kecut.. Rambut Mah busuk di sebalik tudung... Kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati.

Mah... 

Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.
Abang berdosa dengan Mah. 


Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... Abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam...

Assalamualaikum 

Dah jadi Viral kat FB dah cerita tentang suami curang nie...Tergamam juga saya membacanya...Memang tidak disangka isteri yang setia, yang pandai menjaga rumahtangga, yang pandai menjaga makan minum suami dan anak-anak, diberikan balasan sebegini rupa oleh suami yang dia sayangi sepenuh hati jiwa dan raga...

Alasan suami berlaku curang kerana bentuk fizikal isteri yang semakin berkurangan sejak dah berkahwin...Katanya lagi isteri tak pandai menjaga dan menghias diri...Sedangkan dari semua segi sudah dijaga sempurna cuma kekurangan pada diri isteri sahaja...

Yer la kan...Time anak dara, serba serbi dijaga...Dari atas hingga ke bawah...Memang pasang badan habis...Tapi bila dah berumah tangga...Fokus beralih kepada keluarga...Menjaga anak...Memasak...Mengemas rumah...Time tu la tak sempat nak bersiap dan berdandan...

Jadi saranan saya kepada semua isteri-isteri di luar sana...Ayuh mantapkan semula diri anda...Back to basic...Jangan biarkan suami kita beralih arah kepada perempuan lain...Kalau boleh biar dia tak terpandang langsung perempuan lain...Hanya pandang kita sahaja...

Untuk permulaan, isteri-isteri minta suami belanjakan SET KESIHATAN WANITA SHAKLEE dan COLLAGEN nie yer...Mantapkan diri anda semua dengan pengambilan supplement SHAKLEE...



Para suami yang nak isteri kembali mantap, comel dan cun melecun macam zaman anak dara jangan la pula lokek nak keluarkan belanja yer...Spend la duit untuk insan yang anda sayangi...Bantu isteri anda supaya kekal sihat bertenaga dan kembali cun melecun...

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut
Hubungi / Wassap 
LYNN HURAIZA 0137660226
EZAL HURAIZA 0167125226

Sunday, November 16, 2014

Mesti Minum Air Lebih

Assalamualaikum 

Korang ada masalah minum air lebih tak?  Syukur alhamdulillah saya tak der alami masalah nak minum air lebih nie...Setiap hari mesti minum 3 liter...Hihihihi...

Kenapa mesti minum air lebih yer?

Apabila kita mengambil supplement SHAKLEE, kita memang wajib kena minum air mengikut sukatan berat badan kita...Contohnya berat saya sekarang nie 75 kg...Ini sebab tengah preggy yer,,,Hihihihi...Maka jumlah air yang perlu saya ambil ada 3 liter air setiap hari dengan mengambil kira 25 kg bersamaan 1 liter air...


Ramai yang pertikaikan macam mana saya boleh minum 3 liter air setiap hari?  Sebab 3 liter tu bukannya sket...3 botol mineral besar tu kan...

Ini cara yang saya buat untuk memastikan saya minum 3 liter air setiap hari...Saya akan pastikan diri saya minum 1 gelas air selepas bangun tidur...1 gelas air lebih kurang 200ml...Then saya akan pratikkan minum air 1 gelas sebelum solat dan sesudah solat...Sehari 5 waktu kan...Jadi 5 x 2 x 200 ml...Haaaa...Kat situ dah berapa liter dah? Then time breakfast, lunch, dinner dah tentu ler ada minum air kan...Amek kira 3 x 200 ml...Then sebelum tidur saya akan minum air segelas...

Bangun tidur - 200 ml
Sebelum & sesudah solat - 2000 ml
Breakfast, lunch & dinner - 600 ml
Sebelum tidur - 200 ml

Total semua dah 3000 ml bersamaan 3 liter air...Haaaaa...Itu la cara saya...

Kenapa kita kena minum air lebih?

Supplement semulajadi SHAKLEE membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak...Air memang amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis @ krisis penyembuhan...
Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat...Kekurangan air akan menyebabkan darah kita menjadi pekat...Untuk elakkan darah menjadi pekat, kita perlu minum banyak minum air...
 
Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air...Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren...Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu? 
Oleh itu, apabila mengambil supplement SHAKLEE, takat pengambilan air mestilah ditambah, melebihi kadar biasa.  Jadi jangan sesekali lupa untuk minum 3 liter air setiap hari okey...

Semoga hidup kita lebih sihat dan bertenaga...Insyaallah...

Berminat untuk dapatkan supplement SHAKLEE...Hubungi  saya untuk khidmat konsultansi percuma berkaitan supplement SHAKLEE...

Lynn Huraiza 0137660226
Ezal Huraiza 0167125226

Wednesday, November 12, 2014

Kelebihan Sujud

Assalamualaikum 

Sekadar perkongsian ilmu untuk semua di luar sana


 Bernafas ketika sujud boleh : 
  • Membetulkan kedudukan buah pinggang 
  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh 
  • Melegakan sakit hernia 
  • Melegakan paru-paru dari ketengangan 
  • Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa
  • Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh 
  • Meringkan bahagian pelvis
  • Memberi dorongan supaya mudah tidur 
  • Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud
  • Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik 
  • Secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik 
  • Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik 
  • Mudah berfungsi untuk menyusukan bayi
  • Mengurangkan kegemukan 
  • Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin 
  • Otak menerima banyak bekalan darah dan oksigen 
  • Mengelakkan pendarahan otak
 

Thursday, November 6, 2014

Master Coordinators Celebration

Assalamualaikum 


Meh kita bercerita sket tentang Master Coordinators Celebration nie...Master Celebration merupakan penghargaan daripada SHAKLEE kepada SID yang berjaya menuju puncak Master...SHAKLEE peruntukan amaun sebanyak RM50,000 untuk setiap Master Celebration nie...

Haaaaa...Time nie Master yang diraikan yang akan corakkan sendiri macam mana bentuk majlis yang diorang nak...Master akan diarak dan diraikan macam pengantin baru tau...Pengalaman time tengok Master Celebration Master Nur Zahirah tahun lepas...Memang best sangat...Time Master Nur Zahirah dulu saya siap berlinang air mata suami isteri duk dengar sharing daripada dia...

Masing-masing ada kisah tersendiri dalam pada mendaki 7 gunung...Macam mana mereka mendaki dari bawah dan sampai ke puncaknya...Tak kan ada sorang pun yang boleh beada di puncak kalau tak mula dari bawah...Jadi jom kita terjah Master Coordinators Celebration Kam Maria & Mohd Firdaus pada 16 November ni...

Tak perlu nak bayar duit satu sen pun untuk joint majlis nie...Yang jadi member SHAKLEE digalakkan hadir...Leh angkut semua satu family korang ke majlis nie...Yang bukan member SHAKLEE pun dijemput hadir...Mana tahu terbuka hati nak jadi member SHAKLEE dan menjana income bersama group JUTAWAN...

Wednesday, November 5, 2014

Kenapa Perlu Pilih Omega Guard Shaklee?

Assalamualaikum 

Kenapa saya pilih tajuk Omega Guard lagi? Hihihihi...Sebab bulan nie kan promo Omega Guard...Jadi harus ler bercakap tentang Omega Guard jer sepanjang bulan nie...In fact Omega Gurad memang supplement favorite kami sekeluarga...


Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi kesemua 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuklah EPA, DHA dan ALA...Rata-rata minyak ikan diekstrak melalui kaedah penyulingan tekanan tinggi yang memusnahkan kebanyakan nutrient dan tidak mampu menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan...

Omega Guard Shaklee diekstrak melalui proses penyulingan 3 peringkat berteknologi tinggi yang bukan sahaja mengekstrak asik lemak Omega 3 yang paling tulen malah menyingkirkan bahan-bahan logam merbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik dan lain-lain...Omega Gurad Shaklee merupakan minyak ikan yang paling tulen yang tidak diesktrak dari hati minyak ikan yang mengandungi toksik...Omega Guard Shaklee juga melalui 3 kali proses penyulingan menggunakan teknologi penyulingan yang dapat memekatkan asid lemak omega 3 paling tulen...

KEPENTINGAN OMEGA GUARD 
  • Pelincir SENDI 
  • Mengurangkan KETIDAKSELESAAN di antara sendi 
  • Memerangi KEDUTAN - Semakin kita berusia, sel kita akan menipis dan berkedut, pengambilan Omega Guard membantu menebalkan semula dan melicinkan sel kulit
  • Melindungi PENGLIHATAN kita
  • Pengambilan EPA & DHA setiap hari dapat membantu kesihatan jantung 
  • Memerangi JERAWAT 
  • Menurunkan KADAR KOLESTROL 
  • Meningkatkan KECERDASAN OTAK 
  • Meningkatkan KESUBURAN pada wanita & lelaki
 PERBEZAAN KANDUNGAN EPA & DHA OMEGA GUARD SHAKLEE 


Jadi tunggu apa lagi...Jom grab peluang keemasan nie...

Promo November 2014
Beli 6 percuma 1 
Beli 2 diskaun 5%

 Berminat?
Hubungi 
LYNN HURAIZA 0137660226 
EZAL HURAIZA 0167125226

Sunday, November 2, 2014

Mengapa Rezeki Saya Sempit?

Assalamualaikum

Catatan ini saya ambil dari Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki...Semoga dapat dijadikan panduan untuk semua...Insyaallah...


Mengapa Rezeki Saya Sempit? Padahal sudah macam-macam usaha saya lakukan.

Rezeki bukanlah sekadar duit...Jika duit kita sedikit, jangan terburu-buru mengatakan rezeki kita sempit...Walhal pada ketika itu kita masih sihat, anak-anak juga sihat...Malah orang-orang yang hampir dengan kita juga sihat-sihat belaka...Alhamdulillah, sungguh kesihatan itu adalah rezeki yang besar...

Dapat taat perintah ALLAH juga rezeki...Nama yang baik juga rezeki...Pasangan hidup yang baik juga rezeki...Memiliki ilmu yang bermanfaat, mempunyai ingatan yang baik, rasa aman, tidak banyak masalah...walaupun tidak banyak wang, tidaklah bermakna rezeki kita sempit...

Punca-punca rezeki seseorang boleh menjadi sempit malah boleh tersumbat...
  1. Tidak peduli tentang zakat dan sedekah 
  2. Terlalu sibuk hingga jauh dari ALLAH SWT
  3. Melakukan bisnes dan kerja-kerja yang haram 
  4. Berbuat dosa kerana jahil atau degil
  5. Percaya usahanya semata-mata yang mendatangkan rezeki

Tanda-tanda rezeki yang berkat adalah,, semakin bertambah rezeki semakin dekat kita dengan ALLAH SWT...Jika sebaliknya? Maka fahamlah bahawa kita dalam bahaya...

Semoga perkongsian ini menjadi input yang berguna untuk kita semua...

Insyaallah

Promosi November 2014 - Omega Guard

Assalamualaikum


Apa yang ada pada Omega Guard?

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.
 
 Siapa yang perlukan Omega Guard?
 
Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan minda bayi semasa dalam kandungan
  • Mengurangkan risiko kelahiran pra matang
  • Membantu mengurangkan alahan selepas bayi dilahirkan.

Ibu Menyusu
  • Membantu perkembangan minda bayi.
  • Meningkatkan pembentukan imun sistem anak.
  • Membantu si ibu diet tanpa mengganggu pengeluaran susu.

Kanak-kanak
  • Membantu perkembangan minda kanak-kanak.
  • Meningkatkan imun sistem badan.
  • Mencegah penyakit jenis alahan seperti asma, eczema, selsema, batuk.
 
Orang yang nak diet.
  • Meningkatkan metabolisma badan seterusnya meningkatkan kadar pembakaran lemak.
  • Omega-3 membantu meningkatkan paras hormon Leptin yg berfungsi membantu kita mengawal selera makan. 
 
Merawat Eczema
  • Asid lemak Omega-3 akan bertindak balas dengan "antiflammatory hormones". Maksudnya, ia boleh membantu sebagai agen anti radang.
  • Menguatkan membran sel - mencegah keradangan dan mengurangkan kegatalan kulit.
  • Melembapkan kulit - mengelakkan kulit kering dan mengurangkan eczema.
 
Untuk Kesihatan Optimum
  • Memelihara dari penyakit berkaitan jantung, obesiti, mengawal tekanan darah, menyokong kesihatan sendi dan macam-macam lagi.
  • Meningkatkan kepekaan dan daya ingatan.
 

Untuk tempahan sila hubungi 

Lynn Huraiza 0137660226
Ezal Huraiza 0167125226

Tuesday, October 21, 2014

Nak Anak Sihat dan Cerdas?

Hanya 1 sudu kecil setiap hari
Jimat ratusan ringgit untuk kos perubatan setiap bulan
Anak lebih sihat dan fokus dalam pelajaran


Hubungi saya 
LYNN HURAIZA
0137660226



Thursday, April 17, 2014

Tips Tenangkan Hati : Dato Fadzilah Kamsah

 Assalamualaikum

Segala aspek kehidupan ini bermula HATI...Permulaan yang baik dan buruk juga datang dari organ kecil yang bernama HATI...Bagaimana nak mengubati HATI yang tidak tenang?

Hari nie saya share sedikit tips dari Pakar Motivasi Dato Fadzilah Kamsah...Semoga menjadi tips yang berguna untuk kita sama-sama praktikkan...Insyaallah...
  • Dirikan SOLAT dan banyakkan berdo’a – kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
  • SELAWAT keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 
  • SOLAT TAUBAT – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  • BACA AL-QURAN – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
  • BERMAAFAN sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  • BISIKAN kepada diri perkara yang POSITIF – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
  • PROGRAM MINDA/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
  • PUASA – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  • INGAT MATI (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
  • Kekalkan WUDUK
  • SEDEKAH
  • BELANJA orang MAKAN
  • JAGA MAKANAN – jangan makan makanan yang subhat
  • BERKAWAN dengan ULAMA
  • BERKAWAN dengan ORANG MISKIN (menginsafi)
  • PESAN pada orang, jadi BAIK
  • MENJAGA PANCAINDERA (mata, telinga,mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Ingin mencari supplement yang sesuai untuk diri anda? 
Ingin menjana pendapatan 4, 5 , 6 angka setiap bulan hanya duduk di rumah?


Hubungi saya untuk khidmat nasihat konsultansi percuma

Puan Lynn Huraiza 
Shaklee Independent Distributor : 914534 
lynnhamzah81@gmail.com
013-7660226

Tuesday, February 4, 2014

Get Clean Water SHAKLEE

Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir nie berlambak dah syarikat penapis air mincul di Malaysia nie...Dah ada macam-macam brand kan...Dari harga beratus sampai la harga beribu...Macam-macam bentuk dan macam-macam jenis...Ada yang letak kat dalam rumah...Ada yang letak kat luar rumah...Hihihihi...

Tapi yang ada kat SHAKLEE hanya satu sahaja...Tak der lagi syarikat lain yang buat macam SHAKLEE buat...Hihihihihi...SHAKLEE is the BEST...


Kenapa GET CLEAN WATER SHAKLEE?
  •  Menepati piawaian kualiti air dari WQA ( Water Quality Association)
  • Mampu membersihkan kandungan plumbum hingga 99%, juga termasuklah klorin, kadmium tanpa menghilangkan mineral penting lain 
  • Mampu menapis sehingga 303 liter air - 80 gallon 
  • Dapat menjimatkan wang.  Harga air yang pasti lebih murah daripada membeli air mineral atau air reverse osmosis
  • Ringan dan boleh di bawa ke mana-mana sahaja...
  • Mudah untuk digunakan. Hanya perlu memasukkan air paip ke dalam jug air yang mempunyai penapis karbon tersebut. Tiada penyambungan paip diperlukan.
  • Juga air penapir PERTAMA di Malaysia. Juga yang TERBAIK di Amerika Syarikat berbanding jenama lain.

 Jom dapatkan GET CLEAN WATER SHAKLEE sekarang...Tak perlu nak fikir panjang sebab harga GET CLEAN WATER SHAKLEE pun sangat-sangat berbaloi...Berminat nak dapatkan GET CLEAN WATER SHAKLEE boleh hubungi saya yer...

Tuesday, January 7, 2014

Healing Crisis Semasa Pengambilan SHAKLEE

Apakah itu Healing Crisis?

HEALING CRISIS adalah satu proses di mana badan mengalami satu keadaan untuk penyucian dan pembinaan semula.  Ia digelar 'healing' (penyembuhan) kerana badan kita sedang sembuh dan akan menjadi lebih kuat.  Ianya disebut 'crisis' (krisis) kerana simptomnya kadang-kadang sangat dramatik dan boleh menyebabkan seseorang itu tidak selesa.  Healing crisis adalah satu proses yang normal yang dialami oleh seseorang apabila mengubat secara semulajadi.  JANGAN BERHENTI MAKAN SUPPLEMENT ANDA!!

 Mengapa ianya berlaku?

 Apa yang berlaku sebenarnya bukannya kesan sampingan atau side effect, sebaliknya ia adalah tindakbalas nomal yang menunjukkan supplement anda berkesan.  Ini bermakna sistem badan anda mula bekerja untuk membuang toksin-toksin yang telah lama berada di dalam badan.

Antara tanda-tanda anda mengalami HEALING CRISIS.
  • penat melampau
  • sangat mengantuk
  • cirit-birit
  • gatal-gatal
  • jerawat naik tiba-tiba
  • loya
  • sakit kepala
  • pening
 HEALING CRISIS bukan bermakna tubuh anda tak serasi dengan supplement SHAKLEE, tapi ia menandakan yang ada tindak balas sedang berlaku dalam tubuh anda. Ia adalah positif, dan tak lama pun. Ibaratnya tubuh anda sedang dibersihkan dari segala junkies dan toksin yang bersarang dalam tubuh anda selama ni. Jadi apa yang kita perlu buat ialah, dengan meminum banyak air sekurang-kurangnya 3 LITER SEHARI untuk flush semua junkies dan toksin yang dah lama bersarang dalam badan kita ni.. Ingat, sel-sel tubuh mengambil masa at least 90 days to change/ react.
 Vitamin & mineral Shaklee adalah diperbuat dari sumber semulajadi agar ia dapat dimanfaatkan sebagaimana kita mendapatkan vitamin c dengan memakan buah oren dan berjemur di bawah matahari pagi untuk mendapatkan vitamin D. Namun, adakah orang yang tidak serasi dengan vitamin? 
Sebenarnya ada 3 jenis golongan yang merasakan mereka tidak serasi dengan Shaklee:
  1. Yang mengalami rasa nak demam, pening, rasa nak muntah, etc. bila mengambil supplement Shaklee
  2. Yang merasakan tiada apa2 perubahan terhadap dirinya
  3. Yang mengalami masalah seperti ruam2, gatal2 dan sebagainya.
Golongan 1 -  mereka yang mengalami HEALING CRISIS atau krisis penyembuhan.
Golongan 2 -  mereka yang menghadapi masalah penyerapan vitamin oleh sebab2 tertentu
Golongan 3 -  mereka yang alergi pada supplement yang mengandungi herba contohnya alfalfa

 Krisis penyembuhan atau HEALING CRISIS adalah kesan yang dapat dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan, terutama vitamin & mineral natural SHAKLEE. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan bermutu SHAKLEE. Pengambilan makanan bernutrisi tinggi (dalam kes ini, vitamin/mineral Shaklee) membuatkan nutrien ini bertindakbalas dengan oksigen dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja. Oleh yang demikian, tisu-tisu dan sel-sel mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah-muntah dan sebagainya.


Sekiranya berlaku HEALING CRISIS seperti di atas pada diri anda jangan stop makan supplement yer...Kesan itu hanya SEMENTARA...

Untuk dapatkan supplement SHAKLEE...
Hubungi/SMS/WASSAPP 
LYNN HURAIZA 0137660226
EZAL HURAIZA 0167125226
SHAKLEE ID : 914534

Monday, January 6, 2014

Promosi Januari 2014

Assalamualaikum
Selamat Tahun Baru 2014

Pada bulan ini SHAKLEE buat promosi ALFALFA...Memang best la...Sebab ALFALFA nie semua peringkat umur leh makan dan banyak khasiatnya...



Untuk tempahan hubungi 

LYNN HURAIZA 0137660226
EZAL HURAIZA 0167125226 
SHAKLEE ID : 914534

Tuesday, December 24, 2013

Gabungan Hebat ESP + Vitamin SHAKLEE

Assalamualaikum...

Apa khabar? Syukur alhamdulillah...Saya, suami dan anak-anak semuanya sihat...Berkat dari pengambilan supplement yang KONSISTEN...Kami sekeluarga jarang sakit...Walaupun cuaca di Johor Bahru tak menentu sekarang nie tapi kami sekeluarga diberikan kesihatan yang optimum dari ALLAH SWT...Syukur alhamdulillah...

Hari ini saya nak perkenalkan Gabungan Hebat ESP + Vitamin SHAKLEE...

Kat atas nie adalah Gabungan Hebat ESP + Vitamin SHAKLEE...Sebagai pengguna tegar SHAKLEE semua gabungan hebat ini telah saya cuba...Dan hasilnya memang MAAAANNNTOOOPPPP...


ESP & VITA E COMPLEX

Anda harus dapatkan set ini kalau anda nak kulit yang flawless, gebu, halus, mulus...Kesan yang sangat optimum dan bagus juga diamalkan oleh ibu-ibu menyusu...Pengambilan ESP & VITA E COMPLEX di dalam susu ibu dapat mengurangkan ruam yang dialami oleh anak...

ESP & OMEGA GUARD 

Pesakit Diabetes & Darah Tinggi disarankan untuk mengambil ESP & OMEGA GUARD bagi mengurangkan kolestrol dalam badan dan mengawal gula dalam badan...Set ini juga dapat mengurangkan risiko keguguran bagi ibu hamil...Pengambilan bersama ESP & OMEGA GUARD juga bagus untuk perkembangan janin di dalam rahim ibu...

ESP & VITA LEA

Untuk mendapatkan kesihatan yang optimum pengambilan ESP & VITA LEA adalah gabungan yang terbaik...Pengambilan set ini juga sebagai nutirisi tambahan untuk badan kita...

ESP & LECITHIN 

Nak kurus...Risau kolestrol tinggi?...Set ini yang paling sesuai...Set ini berfungsi untuk mengawal berat badan dan mengawal kolestrol...Juga berfungsi untuk menahan rasa lapar...

ESP & ALFALFA 

Khas untuk para wanita...Nak dapatkan payudara yang lebih anjal...Nak merapatkan keintiman...Juga bagus diamalkan untuk mereka yang mengalami gout, resdung dan alahan...Sebagai milk booster untuk ibu-ibu yang menyusu...

ESP & GLA 

Juga khas untuk para wanita...Bertujuan untuk menstabilkan hormon dan menguatkan dinding rahim...Para wanita yang ingin hamil dan gadis yang nak naik pelamin bagi menaikkan seri wajah digalakkan untuk mengambil set ini...

ESP & OSTEMATRIX 

Set ini melawaskan pembuangan air besar, mengurangkan gastrik, menyembuhkan buasir dan baik untuk kesihatan tulang serta sendi...Juga digalakkan untuk ibu menyusu sebagai nutrisi tambahan...

ESP & ZINC 

Penyembuhan luka akibat pembedahan dapat dipercepatkan dengan pengambilan ESP & ZINC...Juga boleh diambil untuk wanita  dan lelaki yang baru berkahwin bagi membantu menghasilkan sperma & ovum yang berkualiti...

ESP & PERFORMANCE DRINK 

Set yang sangat sesuai untuk mereka-mereka yang aktif...Untuk yang nak berpuasa, ESP & PERFORMANCE DRINK ini dapat membantu untuk lebih bertenaga...Tak ler melepek jer nanti...


Berminat untuk dapatkan keterangan lanjut!!!
Berminat nak dapatkan Gabungan Hebat ESP + Vitamin SHAKLEE nie!!!

Hubungi saya dan suami
LYNN HURAIZA 013-7660226 
EZAL HURAIZA 016-7125266
 SHAKLEE ID : 914534

Friday, December 20, 2013

Kulit Sensitif Atasi Dengan Herbal Blend Multi Purposed Cream SHAKLEE

Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir nie saya dapati kulit saya makin sensiitf...Memang tak boleh salah makan sket...Mesti timbul gatal-gatal...Dan bila dah gatal tu tangan dah comfirm la nak menggaru jer...Adooooooiii...Saya pernah ke klinik dan doctor cakap kulit saya sensitif disebabkan perubahan hormon dalam badan...Kebetulan sejak melahirkan anak ketiga saya ambil Pil Perancang Noriday...Dan mungkin disebabkan hormon yang tak stabil dan makan pulak yang alahan memang kulit saya makin sensitif...

Solution yang doc berikan adalah ubat krim dan apabila gatal memang saya kena apply krim tu...Tapi sejak bersama SHAKLEE saya bertemu dengan Herbal Blend Multi Purposed Cream...Cream yang sangat banyak kegunaannya...Bahkan selamat digunakan untuk semua peringkat umur...


 Saya memang dah jatuh cinta dengan Helbal Blend Multi Purposed Cream nie...Salah satu sebabnya bila saya apply cream nie saya akan rasa sejuk kat kawasan yang gatal-gatal tu...Dan yang paling syok rasa gatal tu memang cepat hilang...Cream nie cepat meresap kat kulit kita, tidak berminyak dan yang paling penting bau cream nie sangat menyenangkan...Hihihihi...Bau menthol seperti peppermint...Memang best...

Selain daripada menghilangkan gatal-gatal...Herbal Blend Multi Purposed Cream nie terbukti berkesan merawat tumit kaki yang merekah...Yang nak tumit kaki yang tulus mulus tu...Meh apply cream nie every night sebelum tidur...Insyaallah dalam masa 2 minggu pakai dah nampak kesannya...


 Untuk bayi yang alami masalah Eczema pun boleh juga apply cream nie...Sapu nipis-nipis kat kulit yang sensitif tu insyaallah Eczema akan mula berkurangan...

Untuk pengetahuan semua harga cream nie pun tak ler mahal mana pun...Harga jualan RM27.50...

Untuk tempahan 
Contact/SMS/WASSAPP 
Lynn Huraiza 0137660226
Ezal Huraiza 0167125226
SHAKLEE ID : 914534

Thursday, December 12, 2013

Set Sendi SHAKLEE

 Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah hari ini saya nak berkongsi satu entry tentang Set Sendi SHAKLEE di blog ini...Semoga apa yang saya nak kongsikan kat sini dapat memberi manfaat kepada semua di luar sana yer...


Bulan Ramadhan yang lepas, ibu saya mengalami sakit-sakit kaki yang agak kritikal...Ibu saya tak boleh nak berjalan jauh dan setiap kali berjalan jauh ibu saya memang tak larat...Jangan harap la kalau nak pergi shopping complex tu dia akan sepanjang masa berjalan sama dengan kitorang mencari barang...Dalam 15 minit biasanya dia dah surrender...Memang tak larat dan nampak ketara sakitnya daripada memek muka yang ditunjukkan...

Bila nak solat dia akan solat duduk...Memang tak daya nak solat berdiri macam kita yang sihat walafiat nie...Rasa sedih sangat bila tengok keadaan ibu saya jadi macam tu...Mungkin disebabkan badan ibu saya berisi dan faktor usia yang menyebabkan sakit-sakit lutut dan sendi menyerang...Untuk pengetahuan semua ibu saya dah berusia 58 tahun...

Syawal lepas saya belikan dia Set Sendi SHAKLEE nie...Suruh dia makan dan sentiasa pantau masa makan supplement...Every day saya call dia...Syukur alhamdulillah sakit-sakit lutut dan sendi yang ibu saya alami beransur pulih dalam masa 5 hari...Saya rasa lega sangat bila dia dah boleh berjalan sakan raya lepas dan yang paling saya seronok tengok dia dah boleh solat berdiri macam biasa...


Apa yang ada dalam Set Sendi SHAKLEE?

Advanced Joint Health Tablet
  • Menyokong keselesaan sendi 
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat 
  • Meningkatkan kesan kusyen 
 Omega Guard 
  • Bertindak sebagai pelincir 
  • Mengurangkan inflamasi akibat sakit sendi 
 Ostematrix 
  • Mengandungi kalsium (penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen)
  • Magnesium (bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya)
  • Vitaman D (merangsang penyerapan kalsium)

Untuk anda di luar sana yang mempunyai masalah sakit-sakit sendi dan lutut disarankan untuk mengambil Set Sendi SHAKLEE nie...Dengan pengambilan supplement yang kosisten dalam set nie, Insyaallah sakit-sakit sendi dan lutut akan beransur pulih...Sebelum makin teruk dan melarat cepat-cepat cari ikhtiar untuk mengubatinya...

Untuk tempahan atau keterangan lanjut
Hubungi/Pm/Wassapp 

LYNN HURAIZA 0137660226
EZAL HURAIZA 0167125226 
SHAKLEE ID 914534

Wednesday, December 4, 2013

Kisah Kami Bersama Omega Guard SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...
Omega Guard SHAKLEE merupakan supplement pertama yang saya beli untuk anak-anak...Waktu saya beli tu memang tujuan utamanya nak jadikan sebagai makanan tambahan untuk anak-anak saya...Kebetulan anak-anak lebih mengemari ayam berbanding ikan...Haaaaa...Tu disebabkan dah terpengaruh sangat dengan Upin Ipin ler tu...Sket-sket nak ayam goreng...Sket-sket nak ayam goreng...Tak pernah pun diorang minta ikan goreng kat saya...
Saya pernah dengar dan baca yang kalau nak anak-anak pandai, bagi la makan ikan banyak-banyak...Sebab dalam ikan nie ada Omega 3 yang kaya dengan DHA dan EPA...Yang baik untuk perkembangan otak...Tapi masalahnya anak-anak saya nie kurang makan ikan...Jadi saya decide untuk dapatkan Omega Guard SHAKLEE untuk anak-anak...Anak-anak makan Omega Guard SHAKLEE ni kunyah gitu jer...Dah macam Chewable Vita C plak...Hehehehe...

Syukur alhamdulillah sejak bagi anak-anak saya makan Omega Guard SHAKLEE...Saya dan suami dapat lihat keberkesanan dan kebaikan Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard SHAKLEE nie...Tapi bukan la makan hari nie esok dah nampak kesannya...Hihihihihi...

Memang seronok sangat bila tengok dan dengar Qistina dah boleh membaca...Daya ingatan dah makin kuat dan tajam...Kalau dulu feedback dari teacher di tadika, mengatakan dia lambat sedikit berbanding kawan-kawannya...Tapi kini dia dah boleh membaca...Dan dengan latihan yang lebih kerap insyaallah dia akan menguasai pembacaan...

Syukur alhamdullilah juga sekarang nie Qistina dah nak habis IQRA 3...Insyaallah sebelum naik sesi persekolahan Januari nie dah beralih ke IQRA 4...Rasa berbunga-bunga sangat bila dengar dia mengulangkaji IQRA waktu kat rumah...
 Qaleesya pun makin aktif sekarang nie...Sesuai dengan usia yang akan mencecah 3 tahun Jun depan...Jadi fokus saya dan suami agar Qaleesya dapat membaca lebih awal berbanding kakaknya Qistina...
Sebagai ibu bapa, kami mahukan yang terbaik untuk anak-anak...Jadi saya dan suami tak rasa rugi kalau spend duit lebih sket untuk memastikan anak-anak dapat nutrisi tambahan...Semoga anak-anak saya lebih cergas dan cerdas...Insyaallah...
Anda di luar sana juga perlu mengambil Omega Guard SHAKLEE sekiranya anda : 
  •  Ibu mengandung - perkembangan otak bayi dalam kandungan, mengurangkan risiko lahir pramatang dan mengurangkan alahan bayi selepas bayi dilahirkan.
  • Ibu menyusu - perkembangan otak bayi 
  • Kanak-kanak - 0 hingga 6 tahun merupakan peringkat umur yang sangat kritikal di mana pertumbuhan otak yang pintar perlu makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3, DHA dan EPA.  Juga bagus untuk sistem imunisasi kanak-kanak, mengurangkan asma dan eczema
  • Individu yang ingin mengawal berat badan - Omega 3 meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat 
  • Individu yang ingin meningkatkan daya ingatan dan kepekaan dan kecekapan kerja
  • Lelaki yang pentingkan kesihatan - memelihara dari penyakit jantung, strok, obesiti, kencing manis
  • Wanita yang pentingkan kecantikan - untuk kulit yang lebih flawless dan untuk kesihatan tulang dan sendi
Omega Guard SHAKLEE mengandungi Omega 3 yang kaya dengan DHA dan EPA.  
Untuk dapatkan Omega Guard SHAKLEE dengan harga promosi...
Hubungi/SMS/Wassapp 
Lynn Huraiza - 0137660226
Ezal Huraiza - 0167125226

Wednesday, November 13, 2013

Nak Hasilkan Susu Yang Banyak

Assalamualaikum...Salam ceria...

Lately nie ramai yang mula sedar tentang kebaikan menyusukan anak...Begitu juga dengan diri saya...Dulu waktu anak pertama saya pada tahun 2007 hanya dapat susukan anak waktu dalam pantang jer...Masa tu dalam fikiran saya nanti kalau anak tak mahu susu botol macam mana la nak kerja...Jadi seawal usia anak 2 bulan dah disumbatkan dengan susu formula...

Tapi selepas tu saya tengok, dengar dan baca banyak info tentang penyusuan nie...Rupa-rupanya anak yang menyusu badan nie bukan sahaja kuat antibodinya tapi anak juga sihat dan kurang sakit...Saya gali banyak info tentang penyusuan dan dengan izinNya saya disahkan mengandung pada tahun 2010...Saya dikurniakan anak kedua pada tahun 2011...

Syukur alhamdulillah saya berjaya menyusukan anak saya...Selain daripada memakan makanan yang boleh membantu untuk menambahkan susu, seperti lobak putih, kurma, sawi dan air longan kering...Saya juga amalkan mengambil set penyusuan SHAKLEE...Saya ambil Vita C, B Complex, VitaLea dan Alfalfa...

Saya makin aktif mengepam dan untuk pengetahuan semua semakin banyak kita susukan anak maka semakin banyak susu yang akan terhasil...


Saya stop menyusukan anak kedua bile mengandung anak ketiga...Dan saya terus continue mengambil supplement SHAKLEE sewaktu dalam pantang dan sehingga kini...Syukur alhamdulillah anak ketiga masih menyusu badan dan kadang kala yang nombor dua pun joint sama...Hehehehehe...Semoga ALLAH permudahkan usaha saya untuk menyusukan anak ketiga saya hingga ke usia 2 tahun...

Untuk anda di luar sana yang ingin mendapatkan set penyusuan SHAKLEE...Saya boleh membantu anda dengan memberikan harga yang paling istimewa...

Untuk keterangan lanjut
Hubungi/SMS/Wassapp

Lynn 0137660226
Ezal 0167125226
SID 914534
Page FB : Sihat Shaklee
Email : lynnhamzah81@gmail.com
Email : huraiza81@gmail.com


Wednesday, November 6, 2013

Kebaikan ALFALFA SHAKLEE

Salam ceria...Salam Bahagia...


Alfalfa SHAKLEE merupakan produk pertama yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee.  Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala zat. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

Kebaikan memakan ALFALFA SHAKLEE

* Kaya dengan vitamin dan mineral
 Alfalfa Shaklee mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang.  Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kaliam, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa Shaklee juga turut mengandungi Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan.

 * Alfalfa Shaklee bermanfaat dalam penyerapan protein dan karbohidrat

* Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah

20 Kebaikan ALFALFA SHAKLEE

  1. Merawat gangguan pencernaan. 
  2. Mengawal kolestrol dalam darah 
  3. Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh 
  4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok 
  5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah 
  6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan 
  7. Mengurangkan simptom menopous 
  8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
  9. Merawat masalah sembelit
  10. Menyahkan toksik dalam badan 
  11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi 
  12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh 
  13. Membantu masalah penghadaman 
  14. Membantu memperbanyakkan susu ibu 
  15. Mengurangkan masalah pundi kencing
  16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati 
  17. Meningkatkan kesihatan prostat
  18. Bertindak sebagai KACIP FATIMAH kepada wanita
  19. Menghangatkan hubungan suami isteri 
  20. Membantu meningkatkan kesihatan lelaki

 ALFALFA SHAKLEE tidak memudaratkan kepada bayi menyusu. Jadi para ibu yang mengambil ALFALFA SHAKLEE untuk menambahkan susu badan tak perlu risau sebab bayi tidak akan panas atau mengalami cirit birit. 

ALFALF SHAKLEE didatangkan dalam 2 saiz.  Saiz kecil menganduni 330 biji yang bertahan untuk 3 - 4 bulan dan saiz besar mengandungi 700 biji yang bertahan untuk 6 - 7 bulan. 

Untuk keterangan lanjut
Hubungi/SMS/Wassapp

Lynn 013-7660226
Ezal 016-7125226
SID : 914534 
PAGE FB : Sihat Shaklee
Email : lynnhamzah81@gmail.com
Email : huraiza81@gmail.com

Manfaat Dan Khasiat VIVIX SHAKLEE


Yeahhh. Bulan nie bulan promosi VIVIX SHAKLEE. Produk yang sangat-sangat banyak khasiat dan manfaatnya.

VIVIX minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

VIVIX mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

VIVIX sangat bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.  


Memperbaiki DNA
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel
 Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Untuk keterangan lanjut
Hubungi/SMS/Wassapp

Lynn 013-7660226
Ezal 016-7125226
SID : 914534 
PAGE FB : Sihat Shaklee
Email : lynnhamzah81@gmail.com
Email : huraiza81@gmail.com