Wednesday, November 13, 2013

Nak Hasilkan Susu Yang Banyak

Assalamualaikum...Salam ceria...

Lately nie ramai yang mula sedar tentang kebaikan menyusukan anak...Begitu juga dengan diri saya...Dulu waktu anak pertama saya pada tahun 2007 hanya dapat susukan anak waktu dalam pantang jer...Masa tu dalam fikiran saya nanti kalau anak tak mahu susu botol macam mana la nak kerja...Jadi seawal usia anak 2 bulan dah disumbatkan dengan susu formula...

Tapi selepas tu saya tengok, dengar dan baca banyak info tentang penyusuan nie...Rupa-rupanya anak yang menyusu badan nie bukan sahaja kuat antibodinya tapi anak juga sihat dan kurang sakit...Saya gali banyak info tentang penyusuan dan dengan izinNya saya disahkan mengandung pada tahun 2010...Saya dikurniakan anak kedua pada tahun 2011...

Syukur alhamdulillah saya berjaya menyusukan anak saya...Selain daripada memakan makanan yang boleh membantu untuk menambahkan susu, seperti lobak putih, kurma, sawi dan air longan kering...Saya juga amalkan mengambil set penyusuan SHAKLEE...Saya ambil Vita C, B Complex, VitaLea dan Alfalfa...

Saya makin aktif mengepam dan untuk pengetahuan semua semakin banyak kita susukan anak maka semakin banyak susu yang akan terhasil...


Saya stop menyusukan anak kedua bile mengandung anak ketiga...Dan saya terus continue mengambil supplement SHAKLEE sewaktu dalam pantang dan sehingga kini...Syukur alhamdulillah anak ketiga masih menyusu badan dan kadang kala yang nombor dua pun joint sama...Hehehehehe...Semoga ALLAH permudahkan usaha saya untuk menyusukan anak ketiga saya hingga ke usia 2 tahun...

Untuk anda di luar sana yang ingin mendapatkan set penyusuan SHAKLEE...Saya boleh membantu anda dengan memberikan harga yang paling istimewa...

Untuk keterangan lanjut
Hubungi/SMS/Wassapp

Lynn 0137660226
Ezal 0167125226
SID 914534
Page FB : Sihat Shaklee
Email : lynnhamzah81@gmail.com
Email : huraiza81@gmail.com


Wednesday, November 6, 2013

Kebaikan ALFALFA SHAKLEE

Salam ceria...Salam Bahagia...


Alfalfa SHAKLEE merupakan produk pertama yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee.  Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala zat. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

Kebaikan memakan ALFALFA SHAKLEE

* Kaya dengan vitamin dan mineral
 Alfalfa Shaklee mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang.  Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kaliam, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa Shaklee juga turut mengandungi Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan.

 * Alfalfa Shaklee bermanfaat dalam penyerapan protein dan karbohidrat

* Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah

20 Kebaikan ALFALFA SHAKLEE

  1. Merawat gangguan pencernaan. 
  2. Mengawal kolestrol dalam darah 
  3. Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh 
  4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok 
  5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah 
  6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan 
  7. Mengurangkan simptom menopous 
  8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
  9. Merawat masalah sembelit
  10. Menyahkan toksik dalam badan 
  11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi 
  12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh 
  13. Membantu masalah penghadaman 
  14. Membantu memperbanyakkan susu ibu 
  15. Mengurangkan masalah pundi kencing
  16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati 
  17. Meningkatkan kesihatan prostat
  18. Bertindak sebagai KACIP FATIMAH kepada wanita
  19. Menghangatkan hubungan suami isteri 
  20. Membantu meningkatkan kesihatan lelaki

 ALFALFA SHAKLEE tidak memudaratkan kepada bayi menyusu. Jadi para ibu yang mengambil ALFALFA SHAKLEE untuk menambahkan susu badan tak perlu risau sebab bayi tidak akan panas atau mengalami cirit birit. 

ALFALF SHAKLEE didatangkan dalam 2 saiz.  Saiz kecil menganduni 330 biji yang bertahan untuk 3 - 4 bulan dan saiz besar mengandungi 700 biji yang bertahan untuk 6 - 7 bulan. 

Untuk keterangan lanjut
Hubungi/SMS/Wassapp

Lynn 013-7660226
Ezal 016-7125226
SID : 914534 
PAGE FB : Sihat Shaklee
Email : lynnhamzah81@gmail.com
Email : huraiza81@gmail.com

Manfaat Dan Khasiat VIVIX SHAKLEE


Yeahhh. Bulan nie bulan promosi VIVIX SHAKLEE. Produk yang sangat-sangat banyak khasiat dan manfaatnya.

VIVIX minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

VIVIX mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

VIVIX sangat bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.  


Memperbaiki DNA
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel
 Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Untuk keterangan lanjut
Hubungi/SMS/Wassapp

Lynn 013-7660226
Ezal 016-7125226
SID : 914534 
PAGE FB : Sihat Shaklee
Email : lynnhamzah81@gmail.com
Email : huraiza81@gmail.com


Promosi November 2013

Salam ceria
Salam Sejahtera
Bulan November merupakan bulan promosi VIVIX
Dapatkan harga istimewa dengan menghubungi saya 
SID 914534 - Ezal Huraiza



Thursday, December 24, 2009

Tips Membahagiakan Diri

 Di zaman yang serba moden dan berteknologi tinggi ini, bermacam-macam cara yang boleh dilakukan untuk membahagiakan diri.  Ada yang memilih untuk bercuti, membeli belah, memanjakan diri di spa dan macam-macam cara lagi untuk membahagiakan diri.  Namun begitu, saya merasakan anda tidak perlu berbelanja dengan boros dan mengeluarkan wang yang banyak untuk mencari bahagia di sekeliling anda.  Bagi menghilangkan rasa bosan, penat dan tertekan, di sini saya ingin berkongsi beberapa petua atau cara yang boleh membantu anda untuk bahagia.

Tips-tips tersebut adalah:
  1. Hiburkan hati sendiri - Susah hati?  Dengan hanya mengeluarkan sedikit wang, anda belilah makanan kegemaran anda seperti coklat atau aiskrim.  Secara tidak langsung, keadaan ini akan merangsang hormon 'dopamine' untuk anda merasa tenang dan gembira.
  2. Tertawalah - Ketawa adalah penawar stres yang sangat mudah.  Ketika ketawa, 15 otot wajah mengalami kontraksi dan tubuh anda melepaskan hormon adrenalin secara automatik.  Saat ketawa, anad akan menghirup lebih banyak oksigen dan ia juga membantu mengurangkan migrain dan sakit kepala. 1 minit ketawa bersamaan dengan 10 minit anda mengayuh basikal.
  3. Bersukan - Ketika anda menghadapi tekanan, cubalah untuk bersukan.  Ini akan membuatkan tubuh anda menjadi lebih segar dan fikiran anda lebih tenang.
  4. Makan - Menikmati makanan yang lazat dan enak boleh menghalau tekanan yang anda hadapi.  Tetapi, pilihlah makanan yang berbeza daripada menu harian anda.  Kurangkan jumlah kalori agar berat badan anda tidak berlebihan yang boleh memberi stres baru kepada anda.
  5. Menghias bilik tidur - Anda menghabiskan 2/3 daripada hidup anda di bilik tidu.  Jaga kebersihan dan berikan sentuhan baru pada bilik tidur anda.  Mungkin ini akan memberikan rasa nyaman dan tenang saat anda merebahkan diri di atas katil.
  6. Membersihkan rumah - Buangkan barang-barang yang dirasakan tidak digunakan lagi.  Melihat sekeliling yang rapi dan teratur adalah bagus untuk mengurangkan ketegangan.  Tetapi, janganlah membersihkan rumah keterlaluan sehingga membuatkan badan anda penat.
  7. Mandi - Berendam dalam air suam baik untuk mengendurkan otot-otot dan membuatkan badan lebih relaks.  Nyalakan lilin aromaterapi bersama muzik yang lembut.  Tutuplah mata anda dan bayangkan saat-saat yang membahagiakan pasti fikiran dan jiwa anda tenang.  
  8. Pusat kecantikan - Rasa tidak bahagia juga boleh terjadi kerana masalah kulit wajah seperti jerawat atau berminyak.  Ini boleh menyebabkan kurang keyakinan diri.  Jika anda mengalaminya, segera ke pusat kecantikan untuk rawatan dan kaunseling daripada pakar.  
  9. Menulis diari - Catatlah semua kejadiaan atau perasaan anda setiap hari.  Cara ini lebih efektif untuk meringankan beban ketika tiada teman untuk berbicara.  Bila ada kelapangan, cuba baca kembali apa yang anda catatkan.  Mungkin ada perkara yang boleh membahagiakan anda.
  10. Berkumpul bersama kawan-kawan - Jangan menolak ajakan kawan-kawan untuk berkumpul.  Bertemu dengan kawan-kawan dapat membuatkan kepala anda ringan dan tenang.  Tetapi, aturlah jadual dengan baik supaya tidak menjejaskan rutin harian anda.
  11. Menari - Tahukah anda dengan menari boleh memberi kebahagiaan kepada anda.  Ini kerana tarian boleh mempercepatkan metabolisme, mengeluarkan hormon stres dan meningkatkan endorfin agar anda merasa lebih baik.  Nikmati tarian dengan iringan muzik dan inilah menjadi salah satu sumber kebahagiaan anda.
  12. Membaca - Menurut kajian, membaca selama 6 minit dapat membuatkan fikiran lebih tenang dan mengurangkan tekanan.  Ini kerana ketika anda membaca, fikiran anda tertumpu kepada artikel membuatkan tekanan pada otot dan jantung mengendur.

14 Makanan Istimewa Bantu Kurangkan Kolestrol

Makanan Segera, Makanan Ringan, Kek, Coklat?  
Sedapnya...Tapi tak boleh lah...
Makanan-makanan ini kolestrolnya sangat tinggi!
Namun, masih adakah makanan yang mampu membantu anda untuk mengurangkan kadar kolestrol itu?
Sudah tentu ada...
14 makanan yang mampu membantu anda...
  • Mil Penuh, Bijirin Gandum & Oat 
  • Beri Biru 
  • Pistachios
  • Walnut
  • Kacang Badam 
  • Avokado 
  • Buah Zaitun 
  • Ikan dan Minyak Ikan 
  • Minyak Flaxseed
  • Soya Hitam 
  • Jus Delima
  • Yogurt Asli 
  • Bawang Putih
  • Buah Oren

Monday, December 21, 2009

BAHAYA MEROKOK

FAKTA MEMBIMBANGKAN AKIBAT MEROKOK
  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
ASAP ROKOK MENGANCAM KANAK-KANAK
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

BERIKAN ANAK-ANAK ANDA KEHIDUPAN YANG SIHAT
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.  Berhenti merokok! Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

ASAP ROKOK MEMUDARATKAN KANAK-KANAK
Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagian kepada anda.  Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.  Jagalah mereka, sayangi mereka.  Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.  Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.  Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.

ROKOK MENGAKIBATKAN MATI PUCUK
Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.  Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.  Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.  Kualiti sperma anda juga akan terganggu.  Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.  Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.  Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.  Oleh itu, selamatkan diri anda dari mati pucuk  Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.  Bertindak bijak, Katakan tidak pada merokok.  Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumahtangga.  Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.

MEROKOK MENGAKIBATKAN STROK
Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10/12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.  Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.  Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.  Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.  Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut

ROKOK MENGAKIBATKAN SERANGAN SAKIT JANTUNG
Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10/12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.  Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.  Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.  Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.  Jauhilah diri dari asap rokok basi.  Belajarlah menyayangi jantung anda.

ROKOK MENGAKIBATKAN KANSER PARU-PARU
Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali. Setiap sedutan membawa padah.

KELUARGA ANDA DAN ORANG TERSAYANG
Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.  Berhenti merokok! Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.