Thursday, December 12, 2013

Set Sendi SHAKLEE

 Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah hari ini saya nak berkongsi satu entry tentang Set Sendi SHAKLEE di blog ini...Semoga apa yang saya nak kongsikan kat sini dapat memberi manfaat kepada semua di luar sana yer...


Bulan Ramadhan yang lepas, ibu saya mengalami sakit-sakit kaki yang agak kritikal...Ibu saya tak boleh nak berjalan jauh dan setiap kali berjalan jauh ibu saya memang tak larat...Jangan harap la kalau nak pergi shopping complex tu dia akan sepanjang masa berjalan sama dengan kitorang mencari barang...Dalam 15 minit biasanya dia dah surrender...Memang tak larat dan nampak ketara sakitnya daripada memek muka yang ditunjukkan...

Bila nak solat dia akan solat duduk...Memang tak daya nak solat berdiri macam kita yang sihat walafiat nie...Rasa sedih sangat bila tengok keadaan ibu saya jadi macam tu...Mungkin disebabkan badan ibu saya berisi dan faktor usia yang menyebabkan sakit-sakit lutut dan sendi menyerang...Untuk pengetahuan semua ibu saya dah berusia 58 tahun...

Syawal lepas saya belikan dia Set Sendi SHAKLEE nie...Suruh dia makan dan sentiasa pantau masa makan supplement...Every day saya call dia...Syukur alhamdulillah sakit-sakit lutut dan sendi yang ibu saya alami beransur pulih dalam masa 5 hari...Saya rasa lega sangat bila dia dah boleh berjalan sakan raya lepas dan yang paling saya seronok tengok dia dah boleh solat berdiri macam biasa...


Apa yang ada dalam Set Sendi SHAKLEE?

Advanced Joint Health Tablet
  • Menyokong keselesaan sendi 
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat 
  • Meningkatkan kesan kusyen 
 Omega Guard 
  • Bertindak sebagai pelincir 
  • Mengurangkan inflamasi akibat sakit sendi 
 Ostematrix 
  • Mengandungi kalsium (penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen)
  • Magnesium (bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya)
  • Vitaman D (merangsang penyerapan kalsium)

Untuk anda di luar sana yang mempunyai masalah sakit-sakit sendi dan lutut disarankan untuk mengambil Set Sendi SHAKLEE nie...Dengan pengambilan supplement yang kosisten dalam set nie, Insyaallah sakit-sakit sendi dan lutut akan beransur pulih...Sebelum makin teruk dan melarat cepat-cepat cari ikhtiar untuk mengubatinya...

Untuk tempahan atau keterangan lanjut
Hubungi/Pm/Wassapp 

LYNN HURAIZA 0137660226
EZAL HURAIZA 0167125226 
SHAKLEE ID 914534

Wednesday, December 4, 2013

Kisah Kami Bersama Omega Guard SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...
Omega Guard SHAKLEE merupakan supplement pertama yang saya beli untuk anak-anak...Waktu saya beli tu memang tujuan utamanya nak jadikan sebagai makanan tambahan untuk anak-anak saya...Kebetulan anak-anak lebih mengemari ayam berbanding ikan...Haaaaa...Tu disebabkan dah terpengaruh sangat dengan Upin Ipin ler tu...Sket-sket nak ayam goreng...Sket-sket nak ayam goreng...Tak pernah pun diorang minta ikan goreng kat saya...
Saya pernah dengar dan baca yang kalau nak anak-anak pandai, bagi la makan ikan banyak-banyak...Sebab dalam ikan nie ada Omega 3 yang kaya dengan DHA dan EPA...Yang baik untuk perkembangan otak...Tapi masalahnya anak-anak saya nie kurang makan ikan...Jadi saya decide untuk dapatkan Omega Guard SHAKLEE untuk anak-anak...Anak-anak makan Omega Guard SHAKLEE ni kunyah gitu jer...Dah macam Chewable Vita C plak...Hehehehe...

Syukur alhamdulillah sejak bagi anak-anak saya makan Omega Guard SHAKLEE...Saya dan suami dapat lihat keberkesanan dan kebaikan Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard SHAKLEE nie...Tapi bukan la makan hari nie esok dah nampak kesannya...Hihihihihi...

Memang seronok sangat bila tengok dan dengar Qistina dah boleh membaca...Daya ingatan dah makin kuat dan tajam...Kalau dulu feedback dari teacher di tadika, mengatakan dia lambat sedikit berbanding kawan-kawannya...Tapi kini dia dah boleh membaca...Dan dengan latihan yang lebih kerap insyaallah dia akan menguasai pembacaan...

Syukur alhamdullilah juga sekarang nie Qistina dah nak habis IQRA 3...Insyaallah sebelum naik sesi persekolahan Januari nie dah beralih ke IQRA 4...Rasa berbunga-bunga sangat bila dengar dia mengulangkaji IQRA waktu kat rumah...
 Qaleesya pun makin aktif sekarang nie...Sesuai dengan usia yang akan mencecah 3 tahun Jun depan...Jadi fokus saya dan suami agar Qaleesya dapat membaca lebih awal berbanding kakaknya Qistina...
Sebagai ibu bapa, kami mahukan yang terbaik untuk anak-anak...Jadi saya dan suami tak rasa rugi kalau spend duit lebih sket untuk memastikan anak-anak dapat nutrisi tambahan...Semoga anak-anak saya lebih cergas dan cerdas...Insyaallah...
Anda di luar sana juga perlu mengambil Omega Guard SHAKLEE sekiranya anda : 
  •  Ibu mengandung - perkembangan otak bayi dalam kandungan, mengurangkan risiko lahir pramatang dan mengurangkan alahan bayi selepas bayi dilahirkan.
  • Ibu menyusu - perkembangan otak bayi 
  • Kanak-kanak - 0 hingga 6 tahun merupakan peringkat umur yang sangat kritikal di mana pertumbuhan otak yang pintar perlu makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3, DHA dan EPA.  Juga bagus untuk sistem imunisasi kanak-kanak, mengurangkan asma dan eczema
  • Individu yang ingin mengawal berat badan - Omega 3 meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat 
  • Individu yang ingin meningkatkan daya ingatan dan kepekaan dan kecekapan kerja
  • Lelaki yang pentingkan kesihatan - memelihara dari penyakit jantung, strok, obesiti, kencing manis
  • Wanita yang pentingkan kecantikan - untuk kulit yang lebih flawless dan untuk kesihatan tulang dan sendi
Omega Guard SHAKLEE mengandungi Omega 3 yang kaya dengan DHA dan EPA.  
Untuk dapatkan Omega Guard SHAKLEE dengan harga promosi...
Hubungi/SMS/Wassapp 
Lynn Huraiza - 0137660226
Ezal Huraiza - 0167125226

Wednesday, November 13, 2013

Nak Hasilkan Susu Yang Banyak

Assalamualaikum...Salam ceria...

Lately nie ramai yang mula sedar tentang kebaikan menyusukan anak...Begitu juga dengan diri saya...Dulu waktu anak pertama saya pada tahun 2007 hanya dapat susukan anak waktu dalam pantang jer...Masa tu dalam fikiran saya nanti kalau anak tak mahu susu botol macam mana la nak kerja...Jadi seawal usia anak 2 bulan dah disumbatkan dengan susu formula...

Tapi selepas tu saya tengok, dengar dan baca banyak info tentang penyusuan nie...Rupa-rupanya anak yang menyusu badan nie bukan sahaja kuat antibodinya tapi anak juga sihat dan kurang sakit...Saya gali banyak info tentang penyusuan dan dengan izinNya saya disahkan mengandung pada tahun 2010...Saya dikurniakan anak kedua pada tahun 2011...

Syukur alhamdulillah saya berjaya menyusukan anak saya...Selain daripada memakan makanan yang boleh membantu untuk menambahkan susu, seperti lobak putih, kurma, sawi dan air longan kering...Saya juga amalkan mengambil set penyusuan SHAKLEE...Saya ambil Vita C, B Complex, VitaLea dan Alfalfa...

Saya makin aktif mengepam dan untuk pengetahuan semua semakin banyak kita susukan anak maka semakin banyak susu yang akan terhasil...


Saya stop menyusukan anak kedua bile mengandung anak ketiga...Dan saya terus continue mengambil supplement SHAKLEE sewaktu dalam pantang dan sehingga kini...Syukur alhamdulillah anak ketiga masih menyusu badan dan kadang kala yang nombor dua pun joint sama...Hehehehehe...Semoga ALLAH permudahkan usaha saya untuk menyusukan anak ketiga saya hingga ke usia 2 tahun...

Untuk anda di luar sana yang ingin mendapatkan set penyusuan SHAKLEE...Saya boleh membantu anda dengan memberikan harga yang paling istimewa...

Untuk keterangan lanjut
Hubungi/SMS/Wassapp

Lynn 0137660226
Ezal 0167125226
SID 914534
Page FB : Sihat Shaklee
Email : lynnhamzah81@gmail.com
Email : huraiza81@gmail.com


Wednesday, November 6, 2013

Kebaikan ALFALFA SHAKLEE

Salam ceria...Salam Bahagia...


Alfalfa SHAKLEE merupakan produk pertama yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee.  Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala zat. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

Kebaikan memakan ALFALFA SHAKLEE

* Kaya dengan vitamin dan mineral
 Alfalfa Shaklee mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang.  Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kaliam, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa Shaklee juga turut mengandungi Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan.

 * Alfalfa Shaklee bermanfaat dalam penyerapan protein dan karbohidrat

* Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah

20 Kebaikan ALFALFA SHAKLEE

  1. Merawat gangguan pencernaan. 
  2. Mengawal kolestrol dalam darah 
  3. Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh 
  4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok 
  5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah 
  6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan 
  7. Mengurangkan simptom menopous 
  8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
  9. Merawat masalah sembelit
  10. Menyahkan toksik dalam badan 
  11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi 
  12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh 
  13. Membantu masalah penghadaman 
  14. Membantu memperbanyakkan susu ibu 
  15. Mengurangkan masalah pundi kencing
  16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati 
  17. Meningkatkan kesihatan prostat
  18. Bertindak sebagai KACIP FATIMAH kepada wanita
  19. Menghangatkan hubungan suami isteri 
  20. Membantu meningkatkan kesihatan lelaki

 ALFALFA SHAKLEE tidak memudaratkan kepada bayi menyusu. Jadi para ibu yang mengambil ALFALFA SHAKLEE untuk menambahkan susu badan tak perlu risau sebab bayi tidak akan panas atau mengalami cirit birit. 

ALFALF SHAKLEE didatangkan dalam 2 saiz.  Saiz kecil menganduni 330 biji yang bertahan untuk 3 - 4 bulan dan saiz besar mengandungi 700 biji yang bertahan untuk 6 - 7 bulan. 

Untuk keterangan lanjut
Hubungi/SMS/Wassapp

Lynn 013-7660226
Ezal 016-7125226
SID : 914534 
PAGE FB : Sihat Shaklee
Email : lynnhamzah81@gmail.com
Email : huraiza81@gmail.com

Manfaat Dan Khasiat VIVIX SHAKLEE


Yeahhh. Bulan nie bulan promosi VIVIX SHAKLEE. Produk yang sangat-sangat banyak khasiat dan manfaatnya.

VIVIX minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

VIVIX mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

VIVIX sangat bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.  


Memperbaiki DNA
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel
 Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Untuk keterangan lanjut
Hubungi/SMS/Wassapp

Lynn 013-7660226
Ezal 016-7125226
SID : 914534 
PAGE FB : Sihat Shaklee
Email : lynnhamzah81@gmail.com
Email : huraiza81@gmail.com


Promosi November 2013

Salam ceria
Salam Sejahtera
Bulan November merupakan bulan promosi VIVIX
Dapatkan harga istimewa dengan menghubungi saya 
SID 914534 - Ezal Huraiza



Thursday, December 24, 2009

Tips Membahagiakan Diri

 Di zaman yang serba moden dan berteknologi tinggi ini, bermacam-macam cara yang boleh dilakukan untuk membahagiakan diri.  Ada yang memilih untuk bercuti, membeli belah, memanjakan diri di spa dan macam-macam cara lagi untuk membahagiakan diri.  Namun begitu, saya merasakan anda tidak perlu berbelanja dengan boros dan mengeluarkan wang yang banyak untuk mencari bahagia di sekeliling anda.  Bagi menghilangkan rasa bosan, penat dan tertekan, di sini saya ingin berkongsi beberapa petua atau cara yang boleh membantu anda untuk bahagia.

Tips-tips tersebut adalah:
  1. Hiburkan hati sendiri - Susah hati?  Dengan hanya mengeluarkan sedikit wang, anda belilah makanan kegemaran anda seperti coklat atau aiskrim.  Secara tidak langsung, keadaan ini akan merangsang hormon 'dopamine' untuk anda merasa tenang dan gembira.
  2. Tertawalah - Ketawa adalah penawar stres yang sangat mudah.  Ketika ketawa, 15 otot wajah mengalami kontraksi dan tubuh anda melepaskan hormon adrenalin secara automatik.  Saat ketawa, anad akan menghirup lebih banyak oksigen dan ia juga membantu mengurangkan migrain dan sakit kepala. 1 minit ketawa bersamaan dengan 10 minit anda mengayuh basikal.
  3. Bersukan - Ketika anda menghadapi tekanan, cubalah untuk bersukan.  Ini akan membuatkan tubuh anda menjadi lebih segar dan fikiran anda lebih tenang.
  4. Makan - Menikmati makanan yang lazat dan enak boleh menghalau tekanan yang anda hadapi.  Tetapi, pilihlah makanan yang berbeza daripada menu harian anda.  Kurangkan jumlah kalori agar berat badan anda tidak berlebihan yang boleh memberi stres baru kepada anda.
  5. Menghias bilik tidur - Anda menghabiskan 2/3 daripada hidup anda di bilik tidu.  Jaga kebersihan dan berikan sentuhan baru pada bilik tidur anda.  Mungkin ini akan memberikan rasa nyaman dan tenang saat anda merebahkan diri di atas katil.
  6. Membersihkan rumah - Buangkan barang-barang yang dirasakan tidak digunakan lagi.  Melihat sekeliling yang rapi dan teratur adalah bagus untuk mengurangkan ketegangan.  Tetapi, janganlah membersihkan rumah keterlaluan sehingga membuatkan badan anda penat.
  7. Mandi - Berendam dalam air suam baik untuk mengendurkan otot-otot dan membuatkan badan lebih relaks.  Nyalakan lilin aromaterapi bersama muzik yang lembut.  Tutuplah mata anda dan bayangkan saat-saat yang membahagiakan pasti fikiran dan jiwa anda tenang.  
  8. Pusat kecantikan - Rasa tidak bahagia juga boleh terjadi kerana masalah kulit wajah seperti jerawat atau berminyak.  Ini boleh menyebabkan kurang keyakinan diri.  Jika anda mengalaminya, segera ke pusat kecantikan untuk rawatan dan kaunseling daripada pakar.  
  9. Menulis diari - Catatlah semua kejadiaan atau perasaan anda setiap hari.  Cara ini lebih efektif untuk meringankan beban ketika tiada teman untuk berbicara.  Bila ada kelapangan, cuba baca kembali apa yang anda catatkan.  Mungkin ada perkara yang boleh membahagiakan anda.
  10. Berkumpul bersama kawan-kawan - Jangan menolak ajakan kawan-kawan untuk berkumpul.  Bertemu dengan kawan-kawan dapat membuatkan kepala anda ringan dan tenang.  Tetapi, aturlah jadual dengan baik supaya tidak menjejaskan rutin harian anda.
  11. Menari - Tahukah anda dengan menari boleh memberi kebahagiaan kepada anda.  Ini kerana tarian boleh mempercepatkan metabolisme, mengeluarkan hormon stres dan meningkatkan endorfin agar anda merasa lebih baik.  Nikmati tarian dengan iringan muzik dan inilah menjadi salah satu sumber kebahagiaan anda.
  12. Membaca - Menurut kajian, membaca selama 6 minit dapat membuatkan fikiran lebih tenang dan mengurangkan tekanan.  Ini kerana ketika anda membaca, fikiran anda tertumpu kepada artikel membuatkan tekanan pada otot dan jantung mengendur.