Monday, October 26, 2009

7 KUNCI HIDUP SIHAT

Tidak kira anda LELAKI ataupun PEREMPUAN, setiap daripada kita mendambakan kesihatan diri yang sungguh maksimum.  Kita tidak mahu diri kita ditimpa sakit atau musibah.  Di sini saya senaraikan 7 Kunci Hidup Sihat yang mana sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk hidup sihat.
  • Banyak bergerak - Gerakan sekecil manapun, baik untuk pergerakan otot.  Jadi, tidak perlulah bersusah payah ke gym.  Manfaatkan saja segala kemudahan yang ada di sekitar anda seperti menaiki tangga.
  • Kurangkan lemak - Elakkan makanan yang mengandungi banyak lemak seperti daging dan makanan bergoreng.  Berlebihan lemak dapat menyebabkan kegemukan.
  • Hindari rokok - Bahaya rokok bagi kesihatan sudah tidak diragukan lagi..  Ribuan kajian membuktikan bahawa lebih 4000 jenis zat berbahaya terkandung dalam rokok dan asapnya.  Para LELAKI sila ambil perhatian ya.
  • Redakan tekanan - Luangkan masa sekitar 30 minit untuk melakukan aktiviti yang anda sukai.  Sentiasa berfikiran positif.
  • Elak pencemaran udara - Salah satu caranya ialah menanam banyak tanam-tanaman di halaman rumah.  Tanaman bermanfaat untuk menyerap zat-zat pencemaran dari udara.  Anda boleh pilih sama ada untuk menanam sayuran atau pokok perhisan.  Cadangan saya lebih baik anda tanam sayur-sayuran supaya hasilnya dapat dimakan.  
  • Dapatkan rawatan gigi secara rutin - Gigi yang baik menentukan keadaan pencernaan dan mencegah jangkitan.
  • Jauhi alkohol - Alkohol boleh membahayakan organ hati dan boleh menyebabkan anda didekati oleh risiko kanser.  Hindarilah minuman keras.
Namun begitu saya merasakan kunci hidup sihat ini lebih daripada apa yang saya senaraikan di atas.  Terpulang kepada anda untuk mentafsirkannya.  Apa yang penting kehidupan yang kita lalui di muka bumi ini haruslah dilalui dengan fikiran yang positif dan penuh keceriaan. Sifat bantu membantu dan toleransi di antara satu sama lain tidak kira sama ada di rumah, organisasi ataupun di mana-mana sahaja juga membantu kita untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

PENYAKIT JANTUNG - LELAKI / PEREMPUAN YG MENJADI MANGSA

Sakit dada, cepat merasa penat dan termengah-mengah...Adakah anda diantara mereka yang menghadapi simptom-simpton seperti ini?  AWAS...Jika anda sering mengalami simptom-simptom ini, anda dikehendaki untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital...Besar kemungkinan ini merupakan tanda-tanda awal anda menghidap penyakit jantung...

Wahai pembaca sekalian, penyakit jantung juga sering dikaitkan dengan lelaki dan merupakan pembunuh nombor 1 lelaki...Kajian Amerika pada tahun 2007 menunjukkan 17% lelaki berusia 45 - 64 tahun cenderung untuk menghidapi penyakit jantung berbanding perempuan sebanyak 11%...Manakala peratus meningkat kepada 33% perempuan berusia 65 tahun ke atas menghidapi penyakit jantung berbanding hanya 13% bagi gender lelaki...

PUNCA-PUNCA UTAMA PENYAKIT JANTUNG

  • Keturunan 
  • Tekanan
  • Merokok - LELAKI sangat susah untuk dipisahkan dengan ROKOK...Saya yakin anda di luar sana juga setuju kata-kata saya ini...
  • Alkohol
  • Kurang Aktiviti Senaman
  • Masalah Kegemukan  
  • Tabiat Pemakanan 

::SALAM MESRA::

Assalamualaikum & Salam Mesra...


Ini merupakan kali pertama saya membuat pembaharuan dalam hidup saya...Menulis bukanlah salah satu minat saya sejak di bangku sekolah...Namun lambakan blog-blog di alam cyber sejak akhir-akhir ini membuka minda saya untuk mencoretkan sesuatu di sini...


Saya memilih topik berkaitan dengan lelaki vs perempuan untuk dikupas di dalam blog ini...Blog ini juga akan memberi info kepada para pembaca tentang pelbagai aspek kehidupan seperti contoh sifat lelaki & perempuan, fesyen, kewangan dan macam-macam lagi...


Saya mengharapkan para pembaca dapat memberikan komen pada setiap posts di blog ini...Semoga segala info-info yang dipersembahkan sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca untuk mengenali hati budi pasangan masing-masing...

Segala yang buruk datangnya dari kesilapan saya sendiri dan yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T...Salam perkenalan untuk anda semua...Jumpa lagi di post saya akan datang...