Thursday, April 17, 2014

Tips Tenangkan Hati : Dato Fadzilah Kamsah

 Assalamualaikum

Segala aspek kehidupan ini bermula HATI...Permulaan yang baik dan buruk juga datang dari organ kecil yang bernama HATI...Bagaimana nak mengubati HATI yang tidak tenang?

Hari nie saya share sedikit tips dari Pakar Motivasi Dato Fadzilah Kamsah...Semoga menjadi tips yang berguna untuk kita sama-sama praktikkan...Insyaallah...
  • Dirikan SOLAT dan banyakkan berdo’a – kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
  • SELAWAT keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 
  • SOLAT TAUBAT – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  • BACA AL-QURAN – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
  • BERMAAFAN sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  • BISIKAN kepada diri perkara yang POSITIF – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
  • PROGRAM MINDA/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
  • PUASA – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  • INGAT MATI (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
  • Kekalkan WUDUK
  • SEDEKAH
  • BELANJA orang MAKAN
  • JAGA MAKANAN – jangan makan makanan yang subhat
  • BERKAWAN dengan ULAMA
  • BERKAWAN dengan ORANG MISKIN (menginsafi)
  • PESAN pada orang, jadi BAIK
  • MENJAGA PANCAINDERA (mata, telinga,mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Ingin mencari supplement yang sesuai untuk diri anda? 
Ingin menjana pendapatan 4, 5 , 6 angka setiap bulan hanya duduk di rumah?


Hubungi saya untuk khidmat nasihat konsultansi percuma

Puan Lynn Huraiza 
Shaklee Independent Distributor : 914534 
lynnhamzah81@gmail.com
013-7660226