Tuesday, November 24, 2009

TIPS PENTING YANG PERLU DIAMBIL BERAT DALAM PEMAKANAN

Cara pemakanan yang baik adalah sangat penting untuk kesihatan diri.  Tidak kira sama ada anda LELAKI atau PEREMPUAN, dengan mengetahui cara pemakanan yang betul boleh membantu anda untuk mengelakkan diri daripada dihidapi penyakit-penyakit merbahaya.  Berikut adalah beberapa tips yang boleh dikongsikan bersama.  Selamat membaca.
  • Ambil pelbagai jenis makanan sihat termasuk bijirin, kekacang, buah-buahan, sayur daging merah dan putih tanpa lemak, ikan dan hasil tenusu rendah lemak.
  • Elak mengambil makanan berlemak. Walaupun sesetengah jenis lemak itu perlu untuk menjamin kesihatan dan mengawal suhu badan, tetapi anda harus berhati-hati. Kebanyakan lemak dalam makanan bukan sahaja membuat anda gemuk, tetapi membahayakan kesihatan.
  • Makanan yang kaya dengan lemak tidak tepu seperti adpokat, minyak kelapa sawit dan minyak zaitun adalah balk. Begitu juga dengan makanan yang kaya dengan lemak omega-3 seperti dalam makanan laut.
  • Kurangkan pengambilan makanan bergula. Makanan bergula biasanya tidak mengandungi khasiat pemakanan yang diperlukan oleh badan.
  • Terlalu banyak gula mengundang risiko kencing manis. Sesekali, buat pemeriksaan kadar gula dalam darah. Cara ini anda dapat merancang pemakanan atau diet dengan lebih baik dan sempurna.
  • Pilih makanan yang mempunyai indeks gilsemik (GI) rendah seperti oat, kekacang, nasi, roti mil penuh, susu rendah lemak dan dadih untuk mengawal paras glukosa dalam darah.
  • Jika anda tidak sempat bersenam, lakukan pergerakan aktif sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Ini penting untuk meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Senaman juga baik bagi menjaga berat badan.

Monday, November 23, 2009

KISMIS - Kudapan Sihat Penuh Khasiat

Nama saintifik KISMIS adalah 'VITUS VINIFERA'. 


INFO KISMIS 
  • Buahnya kecil sebesar batu kerikil dan mempunyai kedutan yang menyeliputi isinya yang kenyal.
  • Rasa yang manis seperti gula, berwarna perang dan biru seakan hitam.
  • Juga mempunyai sebatian yang mampu menurunkan kolestrol.  Bagi anda yang mengamalkan diet, dengan mengambil 400 kalori kismis setiap hari ia boleh menurunkan kolestrol dalam darah sebanyak 8%.
  • Merupakan salah satu buah kering yang paling kaya dengan nutrisi di dunia.  Bebas kolestrol, rendah natrium dan bebas lemak.  Ia juga mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh seperti vitamin, mineral, zat besi, serat dan kalsium.
  • Ia sarat dengan fruktosa, glukosa dan memberi banyak tenaga pada tubuh.  Bagi yang ingin mendapatkan tubuh yang ideal, kismis membantu meningkatkan berat badan tanpa menambah kolestrol dan kandungan gulanya.
  • Otak kita memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik.  Jadi, kismis adalah kudapan yang dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.
  • Nabi Muhammad SAW bersabda : Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.  Baginda juga bersabda : Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, mengelokkan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.
  • Imam Ali a.s bersabda : Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.
  • Imam Zuhdi berkata : Sesiapa yang ingin menguatkan daya ingatan hendaklah ia kerap memakan anggur kering.  Menurut ahli perubatan Islam, untuk meningkatkan kekuatan akal, makanlah kismis sebanyak 21 biji sehari.